Dalam tutorial kali ini saya akan menunjukkan cara melakar bulatan 2D dengan menggunakan arahan atau command CIRCLE pada AutoCAD. Huruf C yang mewakili CIRCLE adalah commad AutoCAD untuk melukis BULATAN.
Sebagai contoh untuk anda lihat..Saya akan melukis satu bentuk BULATAN berukuran diameter 20mm dengan menggunakan command C.
Sebelum memulakan lakaran, sila perhatikan simbol Radius dan Diameter yang tertera. Untuk melukis bulatan pada AutoCAD..anda perlu memahami maksud simbol-simbol tersebut.
Ini penting kerana dalam command Circle, anda perlu memilih samada R atau D sebelum memasukan nilai ukuran yang dikehendaki. Pilihan samada radius atau diameter bergantung kepada kehendak yang terdapat dalam sesuatu lukisan kejuruteraan.
No comments:
Post a Comment