Monday, April 27, 2020

AutoCAD Tutorial : Cara Menggunakan Offset Command

Dalam tutorial kali ini saya akan menunjukkan cara menyalin objek dalam bentuk yang sama dengan objek asal tetapi ukuran saiz objek baru yang terhasil itu berubah mengikut nilai yang dikehendaki dengan menggunakan command OFFSET di AutoCAD.

Untuk mengaktifkan command ini anda boleh menggunakan ikon OFFSET pada MODIFY TOOLBAR atau anda boleh menggunakan shortcut O dengan menaip pada keyboard untuk mengaktifkan fungsi OFFSET tersebut.

Sebagai contoh untuk panduan anda..Saya akan menunjukkan satu demo bagaimana command OFFSET ini berfungsi dan beberapa teknik OFFSET yang boleh dicuba semasa membuat lakaran lukisan 2D.

Sunday, April 26, 2020

AutoCAD Tutorial : Cara Menggunakan Mirror Command

Cara menggunakan command mirror di AutoCAD tanpa perlu klik pada ikon di toolbar. (1) Taip MI kemudian tekan SPACE BAR atau ENTER untuk mengaktifkan command MIRROR. (2) Pilih objek yang hendak disalin terbalik kemudian klik kanan atau tekan SPACE BAR. (3) Pilih END POINT pertama di Y1 dan pilih END POINT kedua di Y2, tetapi sebelum itu pastikan ORTHO MODE berada dalam keadaan ON.

Setelah semuanya ok tekan ENTER atau RIGHT CLICK. Anda akan dapat lihat hasilnya apabila aktiviti MIRROR dilakukan merujuk pada paksi Y. (4) Untuk demo paksi X, sila ulangi langkah yang ditunjukkan pada demo paksi Y.

Anda diingatkan supaya berhati-hati apabila melakukan aktiviti MIRROR semasa membuat lakaran. Pastikan REFERENCE LINE yang dipilih itu betul dan tepat. Kebiasaanya aktiviti MIRROR digunakan ke atas objek berbentuk simiteri.

AutoCAD Tutorial : Cara Menggunakan Circle Command

Dalam tutorial kali ini saya akan menunjukkan cara melakar bulatan 2D dengan menggunakan arahan atau command CIRCLE pada AutoCAD. Huruf C yang mewakili CIRCLE adalah commad AutoCAD untuk melukis BULATAN.

Sebagai contoh untuk anda lihat..Saya akan melukis satu bentuk BULATAN berukuran diameter 20mm dengan menggunakan command C.

Sebelum memulakan lakaran, sila perhatikan simbol Radius dan Diameter yang tertera. Untuk melukis bulatan pada AutoCAD..anda perlu memahami maksud simbol-simbol  tersebut.

Ini penting kerana dalam command Circle, anda perlu memilih samada R atau D sebelum memasukan nilai ukuran yang dikehendaki. Pilihan samada radius atau diameter bergantung kepada kehendak yang terdapat dalam sesuatu lukisan kejuruteraan.