Friday, September 24, 2010

Selamat datang ke Part Time CAD Designer

Salam sejahtera..Pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melayari Blog Part Time CAD Solutions. Tujuan utama kami membina blog ini adalah untuk memperkenalkan diri kami sebagai Part Time CAD designer, selain itu kami juga ingin membantu dalam menyelesaikan segala kesulitan atau kekurangan tenaga kerja yang anda hadapi dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidang CAD.

Kami menggunakan bebrapa perisian CAD (CAD software) untuk membantu dalam menyiapkan segala kerja melukis 3D dan 2D. Antara perisian CAD yang biasa kami gunakan dalam kerja ini adalah seperti AutoCAD, SolidWorks dan juga Cimatron. Setiap di antara kami mempunyai pengalaman masing-masing dalam mengedalikan perisian CAD ini.

Skop kerja yang kami lakukan sekarang ini lebih tertumpu dalam bidang kejuruteraan (Engineering). Antara bidang kejuruteraan yang kami ceburi ialah bekaitan dengan mekanikal (Mechanical Eng) dan civil (Civil Eng). Berbekalkan pengalaman yang kami ada dalam bidang kejuruteraan ini semoga ia akan dapat membantu dan mempercepatkan kerja-kerja anda. Kami berharap anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan.

"Kami Sedia Membantu Anda Merekabentuk Masa Hadapan"

No comments:

Post a Comment